Sunday, April 26, 2009

BIDAAH

Bidaah ialah perbuatan yang tidak dilakukan pada zaman Rasulullah S.A.W. Bidaah adalah daripada perkataan Arab dari perkataan dasar yang bererti mencipta sesuatu tanpa contoh sebelumnya . Ini adalah berdasarkan firman Allah :

بديع السموات والارض
Ertinya :
“ Yang menjadikan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumya .”

Dan firman Allah :
قل ماكنت بدعا من الرسل
Ertinya :
“Katakanlah aku bukanlah orang yang pertama membawa risalah daripada Allah , bahkan banyak rasul-rasul sebelumku .”

Bidaah menurut istilah ialah :

الحدث في الدين بعد الاكمال
Ertinya :
“Perkara-perkara baru dalam agama sesudah ianya disempurnakan.”

Menurut Al-Syatibi pula , pengertian Bidah adalah :
“ Dan Bidaah itu ialah satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan yang menyerupai hukum syariat yang dimaksudkan dengan mengerjakannya ialah seperti apa yang dimaksudkan dengan jalan ( cara ) mengerjakan hukum syariat .”

Jenis-jenis Bidaah

1)- Bidaah Fi’liah dan Bidaah Tarkiah

2)- Bidaah I’tiqadiah , Amaliah dan Qauliah
3)- Bidaah Zamaniah dan Makaniah
4)- Bidaah Kulliah dan Juziah

5)- Bidaah Haqiqiah dan bidaah Idhafiah
6)- Bidaah Ibadiah dan Bidaah Adiah

Pembahagian Bidaah

Bidaah terbahagi kepada lima iaitu bidaah wajib, bidaah haram, bidaah sunat, bidaah makruh, bidaah harus. jalan untuk mengetahui perkembangan bidaah ini perlu lah melalui kaedah syariah,

Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafi’i yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim :
“Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji ( mahmudah ) dan bidaah tercela ( mazmumah) . Sesuatu perbuatan yang bersesuaian dengan sunnah, itulah yang terpuji dan mana-mana yang menyalahinya adalah yang tercela.

Berdasarkan kenyataan ini , ada ulama yang membahagikan bidaah kepada 4 bahagian iaitu :

Bidaah sunnah
Bidaah Sunnah ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah sunnah seperti solat Tarawih secara berjamaah .

Bidaah harus
Bidaah harus ialah tiap-tiap perkara yang harus seperti makan bermeja dan memakai pakaian yang berbagai-bagai bentuk fesyen yang tidak bertentangan dengan hukum syara’ .

Bidaah haram
Bidaah haram ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah bidaah haram dengan dalil dari syara’ seperti menziarahi kubur-kubur dengan tujuan meminta sesuatu pertolongan . Contohnya,dari mazhab Qadariah, mazhab Jabariah, mazhab Murjiah dan mazhab Mujassamah, mereka berpendapat dan menolak bidaah wajib.

Bidaah makruh
Bidaah makruh ialah bidaah termasuk kaedah makruh seperti menentukan hari tertentu untuk menunaikan sesuatu ibadat dengan kepercayaan bahawa hari itu lebih baik pada hari-hari lain .

Bidaah yang berlaku dalam Masyarakat Melayu

Bidaah Dalam Bulan Rabiul Awal

Masyarakat Melayu di Malaysia amat bersungguh-sungguh mengadakan majlis Maulid al-Rasul . Perbuatan ini adalah tidak boleh kerana hal itu adalah bidaah dalam agama . Selain itu , Rasullullah tidak pernah mengerjakannya , begitu pula Khulafa al-Rashidin , para sahabat lain dan para Tabiin yang hidup pada kurun paling baik . Mereka juga tidak menganjurkan mengadakan majlis seperti ini walaupun mereka adalah dari kalangan orang-orang yang lebih memahami terhadap sunnah , lebih banyak menyintai rasul daripada generasi selepasnya dan benar-benar menjalankan syariatnya .

Bidaah dalam Bulan Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan pula , masyarakat Melayu gemar mempercepatkan solat tarawih . Mereka mengerjakan solat tarawih hanya mengambil masa setengah jam dari solat Isyak sehingga witir . Oleh kerana terlalu laju , banyaklah kecacatan yang berlaku . Ini termasuklah surah al-Fatihah yang dibaca senafas , tidak menjaga tuma’ninah dalam rukuk , sujud , duduk antara dua sujud dan iktidal .

Dalam hal ini imam al-Ghazali berkata : “ Kamu manghadiahkan solat kamu kepada Allah , maka janganlah kamu menghadiahkan solat kamu dengan sifat-sifat yang tersebut ( buruk ) , pasti anda akan menerima siksaannya .”

KESEPAKATAN ULAMA’ TENTANG ADANYA BIDA’AH HASANAH DAN DHOLALAH.

Sebahagian besar ulama, samaada ulama salaf atau Khalaf bersepakat mengenai pembahagian bidaah antara Hasanah dan Dholalah
. Orang yang pertama mengatakan demikian ialah Umar r.a;

نعمة البدعة عذه
Sebaik-baik bidaah ialah ini (dirujuk kepada solah Tarawih yang dilakukan oleh para sahabat secara berjamaah)

Para Ulama juga bersepakat bahawa Sabda RasuluLlah saw yang mengatakan; وكل بدعة ضلالة (Dan setiap yang bidaah itu sesat) adalah hadis yang bersifat umum yang perlu ditakhsiskan (dikhususkan).

Tidak ada yang menyanggahi kesepakatan ini kecuali Imam As-Syatiby. Beliau menolak ada pembahagian tersebut. Walaupun begitu beliau menerima bahawa ada antara bidaah itu bidaah yang dituntut samaad dalam bentuk wajib atau sunat. Cumanya beliau tidak menamakan bidaah yang dituntut itu sebagai bidaah, tetapi memasukkannya kedalam katogeri Maslahah al-Mursalah. Kelainan pandangan beliau hanya dari sudut lafaz sahaja. Dengan kata lain beliau tidak menamakan bidaah yang hasanah itu sebagai bidaah tetapi Maslahah.

Imam As-Syafie berkata;
Setiap yang mempunyai sandaran dari sudut syara’ bukannya bidaah yang dicela, sekalipun ianya tidak dilakukan oleh generasi salaf. Mereka tidak melakukannya mungkin kerana;
Terdapat keuzuran atau ketidakmampuan untuk melakukannya.
Ada suatu yang lebih utama untuk dilakukan waktu itu, atau
mungkin amalan tersebut tidak sampai kepengetahuan mereka waktu itu.

Kesepakatan ulama juga disandarkan kepada hujjah bahawa sesuatu yang tidak diamalkan oleh generasi salaf tidak bermakna ianya boleh dihukum haram atau makruh jika melakukannya. Apa yang tidak diamalkan oleh mereka hanya menunjukkan “keharusan meninggalkannya dan tiada halangan untuk melakukannya”. Menghukumkan “haram” atas setiap perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah dan generasi salaf adalah suatu kekeliruan yang besar. Ini adalah kerana tidak semua perkara yang sunat dan harus itu dilakukan oleh Rasulullah saw. Malahan sebahagian perkara sunat sengaja tidak dilakukan oleh Baginda kerana bimbang ianya dianggap wajib oleh ummat, sehingga menjadi kesukaran kepada mereka.

Ibnu Al-‘Arabi berkata;

Bidaah atau Muhdathah (perkara baru yang diada-adakan) itu dicela bukanlah kerana namanya atau maknanya. Tetapi ia dicela kerana menyanggahi sunnah. Seketul roti tidak menjadi najis jika diberi nama Tahi, tetapi ia menjadi najis jika roti tersebut sememangnya diadun dari campuran gandum dan tahi.Justeru itu tidak semua perkara baru itu bidaah yang sesat (dholalah).

Kesimpulan

Bidaah ialah perkara yang baru yang tiada dalam syariat . Jika ia berkaitan dengan akidah , amal ibadat dan kepercayaan , ia akan menjadikan pengamalnya kufur . Jika ia berkaitan dengan al-marsalih al-mursalah , ia tidak dinamakan bidaah .Urusan-urusan adat yang tiada ketentuannya dari syarak adalah satu kebebasan kepada manusia untuk mengurus mengikut kebijaksanaan mereka .Bidang-bidang ini termasuklah pertanian , perladangan , perburuan penternakan, perlombongan dan sebagainya.

Bagaimana Nak Bersihkan Hati?

Di dalam Islam ada satu ilmu yang dinamakan sebagai ilmu tasawwuf atau dinamakan juga sebagai ilmu hati atau ilmu akhlak atau ilmu mukhasyafah dan byk lagi nama yg lain untuk menunjukkan kepada ilmu ihsan yang disebut oleh Nabi SAW di dalam hadis Jibril. Hadis kedua di dalam kitab hadis 40 Imam Nawawi.

Ilmu ini membicarakan tentang perbuatan hati seperti sabar,mahabbah kepada Allah, syauq (rindu) kpd Allah dan lain2 daripada sifat yang mahmudah..Ilmu ini membicarakan juga sifat-sifat hati yang mazmumah seperti riyak,ujub,hasad dengki dan lain2..

So,untuk membersihkan hati maka sayugia untuk kita mendalami ilmu ini supaya kita kenal penyakit-penyakit hati dan penawarnya untuk membersihkan hati kita daripada segala penyakit ini..

Ulamak tasawwuf menyebut 3 peringkat bagaimana hati boleh dibersihkan 1) Takholli 2) Tahalli 3) Tajalli.

Takholli ialah proses mengosongkan hati daripada segala sifat yang mazmumah setelah kita mengenal pasti apa penyakit hati yg kita ada.

Tahalli pula ialah proses untuk menghiasi hati kita dengan segala sifat mahmudah untuk menggantikan sifat mazmumah yang kita buang dengan proses yang pertama td.

Tajalli ialah anugerah dari Allah selepas kita melakukan 2 proses sebelumnya..sebagai contoh jika kita mengtakholli daripada sifat riyak maka kita tahalli dengan sifat ikhlas kepada Allah dan kemudian Allah akan tajalli sifat ikhlas di dalam hati kita. Maka jadilah kita hamba yang ikhlas.

Hati: Penyakit Dan Ubatnya

1. Penyakit dan Ubatnya Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah s.w.t. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya. Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.”

Pernahkah anda merasakan makna – makna spiritual ini sebelumnya? Di dalam hati ada robekan, keterasingan, kesedihan, kegelisahan, dan gejolak api... ada pelbagai penyakit yang ubatnya tiada lain hanyalah dengan “mengenal Allah”.

2. Pancaran Hati Berikut ini beberapa nilai spiritual yang akan dijelaskan dengan mudah oleh Ibnul Qayyim rahimahullah. Ketahuilah, setiap kali hati anda mampu menangkap makna – makna ini dengan baik, setiap kali pula hati anda akan bersinar cerah, jiwa dan batin anda pula berseri bahagia.

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih – kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang lain pergi mengadap raja - raja dan para pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul – betul mencintai Allah.”

Sungguh, inilah kata – kata yang muncul dari dalam sanubari dan keluar meluncur dengan kuat. Saya rasa anda sekarang masih baik – baik saja, sebab anda telah bersiap menerima kata – kata ini, dan persiapan anda juga merupakan persiapan yang kuat. seluruh perasaan dan kepekaan berhimpun dan bergejolak membuat hati bahagia. Seluruh gejala ini membentuk sebuah kenyataan alami yang indah, yang bernama “kecerahan hati”.

3. Perindu Syurga Ibnul Qayyim rahimahullah juga mengenengahkan sebuah trilogi sikap dengan begitu indah. Apabila anda membaca dan menyimpannya dengan baik di dalam hati, reaksi yang muncul akan begitu cepat tidak seperti yang anda sangkakan.

Beliau mengatakan, “Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang, meskipun engkau terusir. Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meskipun engkau tertolak. Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tak diundang. Kemudian, tadahlah tanganmu di gerbang dan segeralah berkata, ‘Tolonglah, saya adalah orang miskin. bersedekahlah untuk saya....!”

Saudaraku, bacalah kata – kata di atas sekali lagi, dan selamilah betul – betul maknanya. Ketahuilah, lautan ini amat dalam, dan mutiaranya terletak didasar yang paling dalam! Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang, meskipun anda terusir! Anda ingin menangis ketika solat tetapi anda tidak boleh. Anda ingin meraih kekhusyukan, tetapi anda tidak tahu bagaimana caranya. Jangan pernah berhenti dan berpatah harapan. Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meskipun anda tertolak!

Anda pernah membuat maksiat lalu anda bertaubat dan memohon ampunan, tetapi kemudian anda kembali melakukannya. Saat begitu, jangan pernah berhenti untuk memohon ampun. Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tak diundang!

Ada pengajian di masjid sana, pergilah bersama para jemaah, teruslah bersama orang – orang yang rajin membaca dan merenungi Al – Quran. Apakah anda pernah merasakan manisnya nilai – nilai ini sebelumnya?

Sungguh, kata – kata ini di dalam hati berubah menjadi nyawa, sehingga hati pun menjadi hidup. Demi Allah, katakan dengan jujur, bilakah kali terakhir anda merasa khusyu’ mengadap Allah? Bilakah terakhir kali anda bersujud memohon kepada Allah agar kemanisan rasa khusyu’ ini tidak pernah akan berakhir?

Saudaraku tercinta, siapkan diri anda untuk meraih nilai – nilai ini. tempatkan dan hormatilah kekhusyu’kan sebagaimana semestinya. Saya sekarang yakin dengan anda! Sebab hal seperti ini tidaklah mustahil bagi seorang “perindu syurga”.